04 February 2012

Seronok Betoi Bedah Katak

Diconteng oleh Cik Amyra pukul 8:19 PM 0 orang membebel
Assalamualaikum bloggers cun yang happy dan riang sekalian.
hihii. actually tengah nak menunggu masuk waktu maghrib ni. punyeh lah lambat. hadoyyy. kejap lagik masuk la tuu.
ooh ohh. korang ape khabar hek? hopefully baik baik sahajalah ye kemorang.
zaman sekarang ni byk beno penyakit peliks2 taw.
Aku ni Alhamdulillah lah sehat aje kebelakangan ni.
cuma sekarang asyek saket2 mata jea. almaklumlah tiap hari dok besengkang mata menyiapkan HOMEWORK
nak SPM lah kata nye kaan. sekarang ni baru awal bulan.
lepas ni kang makin busy lah aku, jadual pun makin padat, tiap hari akan ade tuisyen. HADOY
=..=' no pain no gain.

oh ohhh haritu aku bedah katak kat sekolah. muahahaha. besh sgt sgt
actually macam first ckgu cakap kena bedah katak tu, 
aku dah imagine badan dia yang euw euw tuu. =..='
mula mula macam geli sgt sampai takleh tido malam.
tapi last last terase eksaited lah pulak sebab aku pong nak tengok jugak benda2 awesome yang ade dalam badan katak itu kan.
mana tahu kot katak tu tetelan berlian 14karat ke kan. 
boleh lah jual, then beli I phone 4G dalam 10 kotak.

esok tu nak bedah katak, aku dah beriya suh adik2 aku tolong aku dalam operasi menggodam katak.
satu rumah carik tak jumpa. ohh maaaan. 
keluar rumah pong tak jumpa sampai pergi rumah jiran sebelah.
tak jumpa jugak. 
dulu2 mak aku kata,katak suka duduk dalam kasut., 
jadi pada malam itu aku telah geledah semua kasut2 yang ada.
tapi apa yang aku dapat ialah bau kasut yang tak semengah dengan stokin2 yang berwarna hitam berdaki tebal takat 3 inci.
alhamdulillah.
hampa sungguh hati ini, sehinggalah pada pagi pembedahan itu, aku tengok budak2 kelas semua dapat banyak sangat katak. hadoy. satu org dapat tiga ekor. ohh man?
macam mana korang tangkap hah? hahah.agaknya diorg guna spray bau lalat untuk menarik perhatian katak2 semua. haha okey ini sudah merepek.

nasib baiklah cikgu kata boleh kongsi katak bersama sahabat yang tercinta
jadi Hanis telah dengan baik hatinya berkongsikan kataknya dengan aku. 
maka menjadi madu lah kami berdua.
 jom jom tengok gambar yang aku dah upload dekat 1jam ni.

 A frog inside the box. aku ingat nanti nak bagi si dia hadiah katak lah. dia takut katak tau.muahahah

 budak comel ni namanya Aida Radhiah . pada pagi yang indah nian itu, aku telah didendangkan dengan jeritannya yang merdu apabila katak nya melompat ingin keluar dari penjara ituu.

 mereka bagi nama kat katak katak ini. LEGGING dengan BINGO. kejadahnya mereka ini =..=' katanya nama legging sebab kaki katak tu tejojol masa nak tangkap. seksi gituu. Bingo sbb katak itu adalah katak yang ptama ditangkap, so mcm BINGO ! faham tak? haha

 aaah ni group aku . mereka sdg pose dgn muka muka katak mereka

 sila jangan salah paham, itu bukan cendol yea anak2, ada katak dalam tu. 

 sorry sikeddd okeyy, kita da pom5 taaaw ! da ckup besaww utk bedah2 katak ni awww awww :P

 muka muka katak mereka.

 ini adalah antara perlatan untuk mmbedah katak yea wahai kawan2 sekalian. bukan peralatan untuk berkebun okey,


 ckgu Romini tengah nak bagi taklimat *eceh taklimat. 


 ada sape2 punya pasu kat rumah da pecah ke? boleh ambik yang ini. unik taw. jarang ditemui disekitar Malaysia.

 the Dissection Set. lebih kurang macam Manicure and Padicure Set rumah kau je nyah.cuma takde penypit kuku je. haha =..='

 menggerutu betui katak tu. tetibe naik goosebumps aku

 ini bukan iklan rexona okey. 
DIALOG GAMBAR.
KATAK: waaaaah siapakah gerangan adik cun yang cantik dan sopan inii.?? ohh aku tergoda,wahai dinda yang ku kasihi, ciumlah kanda untuk melihat magikk. hahah

 aaah bestie aku, Umi and Wani, dengan katak mereka. =..='

 macam bajet tak tahan jea muka aku ni yea kawan2. padahal dalam hati macam rasa nak tikam je katak ni.

 katak aku ni namanya unknown. panggil lah Cik Anon.

 sekali pandang gambar ni macam si Fifah cium katak tu je kan. euwwwww

 beela dgn katak cunn nye itu. katak beliau sangat agresif okey. macam kucing siam dapat tikus mainan gerak2 tuu =,.='

 huduh betoi. =..='

 Nazihah and her partner, Wani. mereka dimadukan oleh katak itu.

 Kata yang Umiey pegang tu namanya Along, Katak si Yana pegang tu Angah. bapak katak tu aku tak tau sape

I Believe in Love At A first Sight. 

 pasangan madu yang ketiga.

 siot punya Jerry kau keluarkan lidah katak ni kenapa. da mcam musafir mati kehausan ditengah padang pasir pula aku tengok =..='

 Layer 1 dissected !

 Layer 2 dissected !

 see organ dalamann katak katak tuu. tak payah nak geli sgt laaa sebab organ organ tu ade jugak dalam badan komorang.

 da macam katak terbang pulak aku tengok. tapi buat masa ni, katak ni lah yang plg cntik dissection nya.

 nampak tak yang hitam hitam tu. ohh itu telur katak ye kawan2. Si Along ni rupanya betinoo. ngandunggg pula. siapa punya angkara lah ni. inilah bahana cinta FB. kredit to NajuwaLatifah

 aaah aku zoom kasik besar. inilah organ dalaman katak .tutup mata kalau ade sakit jantung


 ada macam doktor to be tak muka aku ni. HAHAH insyaAllah

 Along telah mendapat Award Katak Paling Seksi Dan Seksa ye kawan2. again, tutup mata kepada sesiapa yang ade penyakit lemah semangat dan asma.

 2 budak comel dengan 1 katak lagi comel.

 katak yang telah dibedah oleh aku. hikhik. 

 gedik la pulak muka aku ni pahal. =..=' maaf

muka muka budak group aku. bahagia betoi yea lepas membuat kekejaman terhadap institusi katak malaysia. *ape aku merepek ni.=..='

haaa begitulah cerita kami. hikhik. 
opkoshlaaa this memory will not fade until the end of my time.
smpai bile pun aku akan ingat first time aku bedah katak ni kaaan. hahah

conclusion: bedah katak same jea macam siang ikan. pfffffffft


okeylah bye.



28 January 2012

Kahwin Awal ?!

Diconteng oleh Cik Amyra pukul 8:00 PM 0 orang membebel
Assalamualaikum w.b.t ;)

ouh hye yoll. hikhik.seriusly da berape purnama aku berdiam diri nii ?! =..=' maaf la yek. sebenarnye takdela busy sgt pon aku ni. saje buat buat busy. kuang kuang. sejak kebelakangan ni aku talah ditimpa penyakit maleh nak pegang komputer. hee :P so maaflah kalau ade comment yang tak berbalas, visitors yang tak divisit lagik. sorry okey.

Haa balik kepada Tajuk. Kejadahnye aku ni cakap pasal kahwin ni? da miang hape kau nyah?? haahalbiarlaaa sekali sekalee, :P actually haritu ada orang email aku. okey kejap aku copy yee.

26 January; 01:37 AM
" Assalamualaikum Amyra.
Hye, nama saya Bunga. Umur saya sebaya dengan umur mya. Saya sebenarnya antara silent readers blog mya. Tapi sejak kebelakangan ni, mya dah kurang update, dan lama juga nak tunggu mya update. Saya suka baca blog mya sebab blog mya sempoi and simple. Hmm, sebenarnya, tujuan saya compost email ni untuk mya adalah sebab untuk ceritakan masalah saya. 

Saya ada masalah dengan bapa saya. Beliau tak restu hubungan saya dengan boyfriend saya yang umurnya setahun tua dari kita. Saya amat menyayangi dia. Dan kami sudah hampir 6 tahun berhubungan. Disebabkan hubungan kami tidak direstui oleh bapa saya, saya seperti kehilangan arah, layang2 putus talinya.Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Memilih untuk bersama boyfriend saya, atau menuruti perintah bapa.

Keadaan saya betul2 membuatkan saya begitu tertekan. Saya begitu depressed sehinggakan saya pernah nekad untuk melarikan diri dari rumah. Ibu pernah memujuk saya. Beliau berkata, jika ingin meneruskan hubungan bersama si dia, mintalah si dia untuk datang ke rumah dan masuk meminang. Dan kini, baru saya faham, bapa sebenarnya menghalang saya untuk berkawan dengan boyfriend saya kerana ingin mengelakkan kami dari melakukan sebarang perkara di luar jangkaan. 

Tetapi masalahnya, saya sedang dilema, adakah umur seperti saya ini, digalakkan untuk berkahwin. dan apa yang akan terjadi untuk anak2 kami nanti. sedangkan sekarang pun, ibu bapa yang menanggung hidup kami, Bagaimana kami mahu meneruskan pelajaran setelah SPM jika banyak masalah dan aral rumah tangga menghalang kami kelak setelah berkahwin? Saya harap mya dapat memberikan pandangan mya seterusnya membangkitkan semangat saya untuk mengikut kemahuan bapa.
Terima Kasih Mya. "

Bunga.

okey habis. seriusly aku terdiam bila baca masalah Bunga. kesian kot dia ni. sebab masalah yang dia hadapi ni menentukan masa depan dia. Yelah, buatnya kalau dia tersilap pilih jalan, masa depan dia akan hancur macam tu saje. lagipun, umur dia masih muda. tahun ni SPM. macam aku laa kan. huhu. okey bagi aku, every pain has its own medicine. Takdela teruk sangat pun kahwin awal ni. Cuma pandangan orang melayu sekarang,

"Alaaaaaaaaaa... Dia tu, kahwin awal tu sebab dah gatal sangat la tuu. Takdepun dah terlanjur..."
"Rileks laaaa. nak buat pe nak kahwin awal beb. Time remaja laaa nak enjoy. Dah kahwin mane boleh enjoy"
"Wah wah wah  nak kahwin awal konon.. Kerja pun takat penuhkan duit kopi. Nanti apa nak suap bini kau?"
"Jangan nak beranganlah kahwin awal mat oiii. Belajar entah ke mana bila dah kahwin nanti"

Biasalaaahhh. mulut orang mana boleh tutup. Bak kata mak aku, mana-mana kau pergi pun, misti ade org yang tak berpuas hati dengan kau. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang, jadi, nak buat apa pikir pasal hati orang sedangkan hati sendiri tak terjaga. Faham tak maksud aku? so, macam si Bunga ni, aku sokong kata mak dia, Kahwin la awal. Tak salah pun. Malah, dalam Islam, Nabi sendiri menggalakkan kita untuk Kahwin awal,.

Hadis Riwayat Ibnu 'Addi:
"Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku..." 

hikhik. im married and im happy. *okey aku tipu jelaaahhhh =..='

Tak perlu takut kahwin awal sebab banyak kelebihannya.
1. Kau tak perlu malu keluar berdua-duaan di luar.
2. Hidup lebih tenang, dan diredhai Allah, 
3. bebas dari fitnah dan hubungan anda telah halal.
4. Hidup bahagia sebab dah ada orang boleh bermanja. *muahaha =..='
5. Menjadikan hidup lebih ceria disamping orang yang tercinta.
6. Tak perlu takut dengan status 'clash' dan 'casanova'.

buat masa ni itu jelah idea yang boleh aku perah dari otak. rasanya banyak lagi kot. korang pikir lah sendrik. haaa then bagi menjawab persoalan Bunga, macam mana nak sambungkan pelajaran kalau dah berumah tangga. Anak2 macam mana?

Huhu, senang saja. Kalau takut Dilambung Ombak, Jangan Berumah Ditepi Pantai. Faham tak maksud aku? maksudnya.., sekarang kan dunia dah moden, dah banyak alat perancang yang boleh kita dapatkan dari doktor. Jadi, kita boleh halang benda2 tu semua dari berlaku, Tunggu pelajaran tamat, financial stabil, and semua nya dah setel, bolehlah merancang untuk bercahaya mata. see? its easy as ABC ;)

Perempuan, sekarang ni hidup kita tak perlu lah nak bergantung dengan lelaki sangat. Kenapa perlu berharap pada lelaki kan? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi. Kalau ada tulang empat kerat, usaha sendiri untuk sara diri sendiri, Rezeki Allah, mana2 pun ada. . Jangan putus asa. *Tiru macam kita, dapat duet dengan nuffnang :PP* Bila dah takde problem, kan otak dah lega, pembelajaran pun tak terganggu. plus, diri sendiri pun terdidik untuk belajar bersungguh2 demi keluarga, untuk suami dan isteri yang tercinta. Rasanya, lebih berjaya dari orang yang belum berkahwin, sebab dah ada motivasi pada diri, 'Aku perlu berusaha! Aku dah ada keluarga!' haaa gitulaah ;)

So, rasanya, dah terjawab soalan cik Bunga tadi. :) jadi.. jomla kahwin beramai-ramai. haha :P jangan tanye aku laaa. aku ni kauselor jea. Kahwin muda acane? calon pong takde :P ade sape2 nak amek aku buat bini ke? sila lah isi form di bawah. grrr grrr *okey main main. hahaha. sepaaaak laju2 kang


Psssst, semalam pegi makan ABC kat Tnjung Kling, dengan kak Nawirah. pehhhhh. teringat sampai sekarang :|

Assalamualaikum,

Salam Sayang, 

21 December 2011

Fushoo Holiday (Part 2) - Datang Raya Rumah Orang Asli

Diconteng oleh Cik Amyra pukul 9:39 PM 6 orang membebel
ouh hai readers 
Assalamualaikum w.b.t
fuhh perut aku naik kembung makan chicken chop sebenarnya
whoaaaa best betul sekalik sekala makan mkanan omputeh kaaaan. biarla biarla. nak jeles pulak :P
ini tidak, tiap hari dok makan belacan, tempoyak, budu laaa
aiyoo. cuba try keluar dari sempadan. wahahah *lupa daratan kau yea nyah.lempang sikit.PANGGG kat situ
okey seriusly perut aku sakit sekarang nii @________@
rase mcm ade orang tiup angin masuk perut aku. ngahaha
ahh sudah aku bukan nak cerita pasal perut aku okey sekarang ni

oh oh oh harini aku nak crite pasal PART 2 holiday aku harituu ;)
PART 1 haritu aku cerita pasai jungle trekking kat Taman Negara kaan?
hokk. kali ni aku nak cerita pasai aku lawaat sedara mara aku kat Perkampungan Orang Asli. wahaha.
Okey seriusly banyak2 tempat kat Taman Negara yang aku lawat,
aku palingg suka yang ini. sebab aku kata tadi kann
aku Lawat sedara mara aku tuu. muehehe. terjumpa pakwa lama lah pulak kat situ
Alahai. teringat zaman dulu duk masuk hutan menyumpit sang kancil bersama.
alahai rindu nye*okey aku tipu toksah nak percaya sangat le kan :P
JOM TENGOK GAMBAR ;)

aaaaaahhh meh la aku introduce sikit diorang ni kat korang.

CARA HIDUP: Nomad dan mencari rezeki daripada sumber hutan. *aaaahh tapi aku rasa masyarakar batek kat taman negara ni  tak nomad kot. mane jea diorang nak pindah kan
KEMAHIRAN: lelaki- menyumpit. wanita-seni ukiran dan kraftangan.
KETUA KAMPUNG: Tok Batin *dia ni kira yang paling power ahh.terer cakap English taau. kalah Mr Bean youu. alaaa kerajaan dh wajibkan Tok Batin setiap kampung untuk pergi kursus cara-cara nak pimpin masyarakat. :D

cuba carik piring Astro. ade takk kot kot ada boleh tumpang tengok Master Chef.muauhahaha. =..=' btw, bersyukurlaaa dengan apa yang kita ada. Kalau kita rasa kita susah, sebenarnya ada orang yang lebih susah dari kita :)

hahahh. kat kampung tuu ade banyak benda macam ni. ikat teddy bear kat pokok. at first aku ingat diorang buat pujaan ke hapa. rupa2 nya benda Allah ni diorang buat sasaran untuk berlatih menyumpit.

aaaahh yang disangkut nya ini lah damak. peluru yang diorang buat untuk menyumpit. tajam you, buat dari poko apetah aku tak tau. rotan kot. wahaha. asalkan bolehh. :P

aaahh 18sx. yang belum matang sila tutup mata yea. nnti tak boleh tidor malam aku takmu tanggung :P

bilik air diorang. alahai =..=' tak seronok betul nak buat konsert camni. huweeiiii. 

erkkk adikkk adikk !! kenapa tak pakai baju niii. alamakk alamakkk  !! kan da masuk blog kakak  =..=' grrr grrr nah amek mami monster. plastik dia tutup badan adikk yea. 

takda TV. takde Lappy. Takde internet. Takde Astro. They have nothing but Kain Batik. huuu.. Ya Allah, seriusly rasa macam nak nangis tengok kehidupan diorang. Kita yang senang nii, selalu merungut tak cukup itu tak cukup ini. tak perbah nak bersyukur :'(

cehhhh. Pakcik Ariff sumpit ape tuuu. jangan tersumpit punggu*g gajah sudah laaa. Kang tak balik rumah kang.

aaaahh ni Damak yang aku cakap tuu. nampak tuu kat hujung tu ada hitam hitam kan. tu racun dia. Buat dari getah poko Ipoh. gilaa lahh. kalau tertusuk kat orang, tak sampai 10minit dah pulang kerahmatullah tau tak. sebab tu muka Pacik Ariff serius sangat tuu.

inilah kehidupan seharian diorang :) ekh diorang ni kann, tak reti cakap Melayu tau. kalau tau pun sikit2 jea. Aku cakap hai pun diorang tak paham . hahahh =..='

korang nak tau tak cemane diorang KAWEN? hahahh. Orang Asli Batek ni kahwin toksah nak 'aku nikahkan dikau dengan si pulanah bla3' diorang just pergi tidur kat rumah pengantin perempuan and pagi tu bila bangun tidur, diorang dah sah sebagai suami isteri. gaaaaaaaaaaaah =..='

perkenal kann. ni Pakwe lama aku dolu dolu tu.muehehee =..='. aku tanye nama dia. dia cakap nama dia Ain. ke Aie ? entahh. aku tak berapa nak dengar le. hahahh . apelah myra nama pakwe pun tak hengat. :P btw, dia tengah buat damak untuk sumpit tuu

Target targettt targeeetttt !

cehhh yeye je Pakcik Ariff ni tau. hahahhh

wahhh ! Bullseye sehhhh. sorry sikit. ini Aie kite tau yang sumpit. :P

Ouh ye, kalau salah seorang daripada diorang ni mati, satu upacara akan diadakan pada malam tuu. Si Mati akan diarak and akan digantung pada pokok malam tu jugak. Berapa hari aku tak pasti pulak. hahahh :P
seram kott. kang buatnya tenga jungle trekking kat Taman Negara kang tetiba mayat jatuh atas kepala. huweiii =..='

ehh orang asli pung pandai cam whore tauu. muahahaha =..='

tengah tengah duduk kat dalam rumah diorang tu kann. aku ternampak Blackberry. sumpah tak tipu! gila lah Aie. jangan curang dengan I pulak taauu ! huhh 

Sungai Tembeling yang cantiiiikk macam aku. wekkkk :P naik bakul angkat sendrikkk . hahaha. main main jelaa

hehehh. korang pikir la sendri apa yang tak kena dengan gambar kat atas ni. Malas aku nak describe.

hahahh. okey la semuaa ;)
nanti jumpa lagi dalam rancangannnn Fusho Holiday (Part 3) hahahah :P
take cre semua.
Aslamualaikum ^^

Sometimes we just have to let some things go and keep smiling on what had happened. because life is surely short to be upset :)



Free Sparkle Pink MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com
 

Cik Amyra Copyright © 2010 Design by Cik Amyra